Alat bantu mengajar sangat penting supaya Muadz tidak bosan belajar hanya dengan satu cara sahaja.
Target ummi untuk Muadz pada bulan Disember ini adalah
MUADZ MAMPU UNTUK MENGENAL SEMUA HURUF HIJAIYAH DENGAN BAIK
Ini adalah jawapan Puan Lina:
"Saya memang galakkan ibu-ibu mengajar tidak ikut turutan dari awal. InsyaAllah jika anak kenal, itu bermakna dia benar2 kenal dan bukan kerana dia menghafal.
Selamat mendidik!"
Alhamdulillah,ummi menarik nafas lega.
Selepas Muadz berjaya mengenal semua huruf nanti,In Shaa Allah ummi akan teruskan usaha dengan mengajar Muadz menghafaz Surah-surah akhir dari Al-Quran step by step.Bagi ummi,tidak mengapa Muadz menghafaz sedikit demi sedikit,yang penting Muadz dapat membaca dan menghafaz dengan baik dan kekal di ingatan.
Pengalaman ummi semasa menghafaz Al-Quran dahulu,kadangkala kami terlalu mengejar Muqarrar/Silibus Hafazan Al-Quran agar segera tamat mengikut masa yang ditetapkan.Kesannya ayat-ayat yang telah dihafaz sebelum ini tidak betul-betul melekat di ingatan.Jadi perkara ini sedikit merugikan.Maksud saya,kita perlu mencari masa yang lain pula untuk mengulang ayat-ayat yang pernah dihafaz sebelum ini.Jadi sebolehnya ummi tidak mahu perkara sebegini berlaku pada anak-anak.
BILA MASANYA MUADZ BERMAIN?
Muadz sama seperti baby lain.Aktif meneroka dunianya sendiri.Saya tidaklah terlalu menekan Muadz untuk membaca,belajar dan membaca.Saya cuma mengajar Muadz dalam masa setengah jam setiap hari (paling lama).Waktu inilah saya menyebut huruf-huruf Hijaiyah satu persatu dengan suara yang jelas.Selain waktu ini saya memasang video Alif Ba ta untuknya.Muadz masih ada masa untuk menonton Upin Ipin dan bermain dengan seronoknya pada waktu yang lain.
Saya pasti ibu-ibu di luar sana pasti mempunyai kaedah tersendiri bagaimana untuk mendidik anak-anak.Saya cuma berkongsi untuk memberi semangat kepada diri sendiri agar meneruskan misi dan visi saya untuk memastikan anak-anak mengenal Al-Quran seawal usia mereka.Tidak bermaksud untuk menunjuk-nunjuk atau berlagak pandai seolah-olah saya sahaja yang pandai mendidik anak( Astaghfirullahalazim).Sekiranya pembaca sekalian ada idea atau perkongsian pengalaman,saya sangat alu-alukan nasihat daripada anda:)

No comments:
Post a Comment